Monday, February 4, 2019

SMJK KEAT HWA 1 - Kisah Guru Pembuli



Seorang guru (dan seorang lagi rakan guru yang memberi sokongan moral) memberi tekanan kepada pengetua untuk melakukan sesuatu agar tindakan seorang guru pembuli dihentikan. Namun, entah apa yang berlaku, guru pembuli pula mendakwa dirinya difitnah oleh guru tesebut. Guru pembuli tersebut kemudiannya juga mendakwa dirinya telah meminta untuk ditukarkan antara sebabnya, kerana fitnah tersebut. Namun kedua-dua guru yang cuba melindungi pelajar-pelajar daripada dibuli secara berterusan telah ditukarkan ke sekolah lain. 

Persoalannya:

  1. Adakah pertukaran mereka sesuatu yang wajar? Seorang merupakan guru BI/Sej dan seorang lagi merupakan guru BM/Sej. Ketiga-tiga sabjek tidak mengalami lebihan guru. Malahan untuk Sejarah, berlaku kekurangan. 
  2. Adakah Pengetua telah meyalahgunakan kedudukannya untuk menukarkan guru kerana memberi tekanan kepadanya untuk menghentikan tindakan membeli ?
  3. Pengetua kemudiannya telah menyebarkan khabar kononnya kedua-dua guru itu telah meminta untuk ditukarkan. Mengapakah Pengetua telah berbohong tentang pertukaran kedua-dua guru tersebut?

Ini merupakan poster yang telah ditampalkan di setiap kelas selepas satu perhimpunan khas untuk memberi kesedaran tentang kes buli di sekolah pada away tahun ini.

Kebiasaannya, apabila terdapat sesuatu isu yang ingin diketengahkan atau kempen yang ingin dilancarkan   oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Perhimpunan Sekolah akan menjadi tempat untuk ia diwara-warakan. Poster ini diperolehi dari salah sebuah sekolah yang mana pelajar-pelajar telah diberi penjelasan yang panjang lebar tentang isu membuli. Di SMJK Keat Hwa 1, setakat ini, tidak pasti samada ia telah dilakukan dalam Perhimpunan Mingguannya.

Namun poster ini cuma mengandungi maklumat tentang buli di antara pelajar sahaja. Poster memberi rujukan atau tempat aduan untuk mangsa sebagai rakan, guru/guru kaunseling dan ibu bapa. 

Sekolah ialah tempat di mana seseorang pelajar menghabiskan masa yang amat panjang. Oleh itu, keselamatan persekitarannya amat penting. Yang memegang amanah memelihara kesejahteraan pelajar ialah para guru dan Pengetua  merupakan orang yang dipertanggungjawabkan secara keseluruhan.

Berita tentang guru membuli pelajar jarang dijumpai dalam media massa. Yang didapati kebanyakannya adalah berkenaan dengan isu guru hilang kawalan terhadap emosi atau situasi dan bertindak keterlaluan seperti menampar atau merotan tanpa kawalan. Ini kerana pembuli biasanya merupakan seorang yang boleh membawa kemudaratan fizikal dan mental yang berpanjangan.

Buli oleh guru adalah sukar diterima dan dipercayai kerana guru ialah seorang yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat. Jadi siapakah itu guru pembuli? Kebiasaannya, guru pembuli juga akan menunjukkan sikap-sikap yang tertentu. Sikap pertama yang nyata merupakan sifat pembengis tertentu terhadap kelompok yang tertentu. Kebengisan mereka dapat dilihat dari cara percakapan mereka seperti nada. Ia juga boleh dilihat daripada frasa-frasa yang digunakan. Mereka ini biasanya cuba menonjolkan diri, misalnya menerusi pakaian atau barang kemas yang keterlaluan. Mereka ini juga mempunyai kepetahan bercakap yang seringkali digunakan untuk menjauhkan diri mereka  daripada tuduhan. Kebolehan mereka bermain dengan kata-kata sering menyebabkan orang di sekitar mereka mempercayai mereka secara taksub. Pembuli merupakan seorang yang tidak boleh ditegur kerana sentiasa beranggapan merekalah yang betul. 

Seorang guru pembuli di sekolah menengah biasanya membuli dengan menggunakan kata-kata yang akan mewujudkan penyiksaan mental dalam pelajar. Ia juga akan meninggalkan kesan psikologi dan emosi ke atas pelajar-pelajar. Di sekolah rendah, ia mungkin melibatkan buli fizikal.

Persoalan di sini, apakah yang seharusnya dilakukan jika pembuli merupakan seorang guru. Di sekolah, guru merupakan seorang yang mempunyai banyak kuasa terhadap anak murid mereka, terutama sekali jika pelajar-pelajar sekolah amat mementingkan markah mereka. Jika guru kelas pula, gred kelakuan boleh dijadikan satu bentuk ugutan. Ini kerana gred yang buruk mempunyai implikasi yang berpanjangan ke atas seorang pelajar.

Dan jika guru merupakan pembuli, siapakah yang seharusnya melindungi anak murid yang menjadi mangsa? Adakah menjadi tanggungjawab guru lain atau para pentadbir atau pengetua? Apakah yang harus dilakukan untuk melindungi para pelajar?

Tujuan artikel ini dan juga artikel-artikel yang akan datang adalah untuk menunjukkan bagaimana kepincangan dalam pengurusan oleh seseorang pengetua membawa kepada pertukaran guru-guru yang bertindak memberi tekanan kepadanya untuk mengambil tindakan membanteras amalan membuli oleh seorang guru pembuli di SMJK Keat Hwa 1, Jln Kuala Kedah. 

Tindakan yang tegas dan semerta seharusnya boleh menghentikan amalan tersebut dan mewujudkan persekitaran yang selamat semula. Namun, tindakan-tindakan yang diambil (atau tidak diambil) telah menyebabkan keadaan menjadi melarat. 

Oh ya! KPM mencanangkan pelancaran Program Ziarah Cakna. Apa gunanya program ziarah ini jika pihak sekolah tidak dapat menjamin keselamatan mental yang cakna di sekolah? Dan ziarah yang dilakukan oleh seorang guru pembuli?


No comments:

Broken?

Education in doldrums... An already broken education system given a really hard whack by Covid-19.  I used to read about pandemics, that a b...