Monday, August 31, 2009

Bulan Merdeka...

Okay... it's coming to a close.. this Bulan Kemerdekaan thingy. Only apt I put it down in my national language.... we had a school thing on it yesterday, with less than half of the students.

Tanggal 31 Ogos, genaplah 52 tahun! Merdekanya negara kita dari belenggu penjajah. Lahirlah Malaya...

Kemudian, 16 September 1963, Sabah dan Sarawak menjadi pelengkap Malaysia. Singapura kekal sejenak tetapi keluar 2 tahun kemudian, melakar masa depan sendiri...

Bulan Merdeka... Bukankah lebih sesuai jika kita namakan Bulan Malaysia agar ia lebih bermakna kepada segenap lapisan masyarakat dan bukan sahaja buat mereka yang ada di Semenanjung sahaja... tetapi hakikatnya masyarakat di seberang Lautan China Selatan memang dipinggirkan sejak dari lahirnya Malaysia.

Kini, slogan 1Malaysia... lahirnya dari cita-cita politik. Tetapi SATU apakah yang dimaksudkan oleh slogan ini? SATU di hati? SATU segala-galanya? Atau SATU mengikut keperluan dan kepentingan sahaja? .. as and when required??

Satu Malaysia...terlintas di fikiran etnik-etnik di Sabah dan Sarawak yang masih lagi jauh terpinggir; suku Penan misalnya mengalami krisis kebuluran kerana jambatan penyambung hayat mereka telah diputuskan oleh syarikat balak. Dilakukan tanpa mengira kesan kemanusiaan kepada mereka ini yang tempat tinggal mereka terletak jauh di pendalaman. Manakah keprihatinan yang dilaung-laungkan? Adakah kita berSATU mendalami krisis mereka kini?

Ini di Malaysia dan bukan di Padang Pasir Sahara. Ini Malaysia, buminya kaya dengan segala sumber. Tetapi manusianya masih lagi menghadapi krisis kebuluran yang pada dasarnya boleh dielakkan!

52 tahun! Kalau dikirakan jangka hayat manusia, sudah dikira matang dan boleh membezakan yang patut dari yang tidak patut, yang benar dari yang palsu sebab menjelang masa itu, manusia sudah sepatutnya lebih sedar hasil dari segala pengalaman pahit manisnya. Sepatutnya sudah mula mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dari pengalamannya... tetapi dari bibit kejadian kebelakangan ini, nampaknya kita masih lagi dibelenggui oleh kesempitan minda dan kerakusan manusia.

52 tahun... di manakah Malaysia? Dari banyak segi, di sebelah Semenanjung, rasanya masih lagi seperti Malaya. Integrasi Semenanjung dengan negeri-negeri yang terpisah oleh Laut China Selatan, masih lagi jauh dari yang ideal. Yang dirasakan mungkin kemelut dari sini makin hari makin dekat di sana. Gejala-gejala yang memisahkan dan yang mengasingkan, yang lahirnya dari realpolitik di sini, makin hari makin menular di sana.

52 tahun...banyak isu dalam kancah politiknya kini menjadi tatapan dunia. Dari perbicaraan melibatkan kematian seorang wanita Mongolia ke kematian Teoh Beng Hock hinggalah ke isu Kartika dengan arak.... dan cuma beberapa hari yang lalu, perarakan memprotes pembinaan kuil yang menunjukkan Malaysia yang semakin hilang arah nampaknya....

52 tahun..... adakah kita bebas sepenuhnya dari belenggu penjajah? Atau adakah kita sekarang sudah didominasikan oleh bentuk penjajahan yang baru? Rupanya berbeza tetapi modus operandi-nya sama.... pecah dan perintah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ada banyak intipati yang boleh menjadi pengajaran kepada kita semua di sini dalam pepatah orang tua-tua ini. Selamat Hari Merdeka.. semoga tahun-tahun yang datang akan lebih baik dari kemelut sekarang..

3 comments:

Anonymous said...

Sad to say,

Kita melangkah ke arah 'self-destruction' in its own time.

But, we can do something with our little influence within our sphere and ability.

Merdeka! Merdeka! Merdeka dari belenggu pemikiran penjajahan!

Thomas C B Chua said...

Random Shots, memang kita telah bebas dari belenggu penjajah Inggeris TETAPI kita pula dijajahi oleh penjajah UMNO yang cuba membelenggukan kita, menyemak perasaan syak dan sangsi perkauman, memecahbelahkan perpaduan masyarakat, menquotakan peluang-peluang, dan mahu kita menTUANkan mereka pula !!!
Let's pray and take the nation by storm !!!

Anonymous said...

I just added your website on my blogroll. I may come back later on to check out updates. Excellent information!

Broken?

Education in doldrums... An already broken education system given a really hard whack by Covid-19.  I used to read about pandemics, that a b...